Sel B
Sel B

Sel B

Sel B, juga dikenali sebagai limfosit B, merupakan sejenis sel darah putih di bawah kategori limfosit.[1] Sel ini berperanan dalam bahagian keimunan humoral di bawah sistem imun penyesuaian.[1] Sel B menghasilkan molekul antibodi yang mungkin sama ada dirembes atau dimasuk terus ke dalam membran plasma apabila berfungsi sebagai sebahagian daripada reseptor sel B. [2] Sewaktu sel B memori atau sel B naif diaktifkan oleh antigen, ia akan membiak dan mengalami pembezaan menjadi sel efektor yang merembeskan antibodi, yang dikenali sebagai plasmablas atau sel plasma.[2] Di samping itu, sel B menyajikan antigen (ia juga dikelaskan sebagai sel penyaji antigen terkhusus) dan merembeskan sitokin.[1] Dalam haiwan mamalia, sel B menjadi matang dalam sumsum tulang, yang terletak di kawasan teras kebanyakan tulang.[3] Dalam burung pula, sel B matang dalam bursa Fabricius, yakni sebuah organ limfoid yang pertama kali ditemui oleh Chang dan Glick,[4] sehingga ramai pengkaji Barat mempercayai sebab utama kewujudan "B" pada "sel B" ialah kerana ia bermaksud "bursa" bukannya "bone marrow" (sumsum tulang dalam bahasa Inggeris).Sel B, tidak seperti dua kelas limfosit yang lain, sel T dan sel pemusnah semulajadi, mengungkap reseptor sel B (BCR) pada membran selnya.[1] BCR membenarkan sel B untuk mengikat antigen asing yang melawan sel B tersebut sehingga ia akan memulakan tindak balas antibodi.[1] Reseptor sel B adalah sangat spesifik, dengan semua BCR pada sel B mengenali epitop yang sama.[5]

Rujukan

WikiPedia: Sel B https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK26884/ https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC63994... https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC77748... https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC29759... https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC33126... https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC25188... https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC21955... https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC36526... https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC34395... https://doi.org/10.1038%2Fnri3801